Sunday, May 29, 2011

PERKASA 2009/2010

PERKASA 2009/2010 dah lame bertukar Majlis Tertinggi...
since last April 2010...
tapi baru sekarang SU dia nak wat report hikhik...
sorry to all members yang melawat blog nih...
ade blog rasmi PERKASA yang ade d wujudkan...
blog ni hanya untuk maklumat sampingan dan sebaran maklumat sahaja...

TO ALL MT AND EXCO OF PERKASA 2009/2010, I THANK U ALL FOR BEING SUCH COOPERATIVE TEAMS...

HIDUP ANAK-ANAK SARAWAK!!!!

Tuesday, August 4, 2009

iNTeRaKSi Di PaNTai KeRaCuT...

Alhamdulillah anak-anak PERKASA dah selamat berinteraksi di Pantai Keracut. Suatu pengalaman yang agak best kerana saya mampu berinteraksi dengan ahli-ahli PERKASA dan menyatakan permasalahan yang dihadapi dan begitu juga dengan anak-anak PERKASA telah menyatakan keinginan mereka. Minggu cuti semester akan saya rancang satu aktiviti 'round island' bersama anak-anak PERKASA yang tidak pulang ke rumah. Erm...nak bawa pergi mane ek? Kepada anak-anak PERKASA yang membaca post ini, nyatakan la tempat-tempat yang ingin anda semua pergi. Insya'allah akan saya bawa sekiranya berkesempatan.

Hari Interaksi PERKASA yang dijalankan pada hari Ahad yang lalu bersamaan 2 Ogos 2009 telah berjalan dengan agak lancar walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Masalah utama yang telah kami hadapi ialah keadaan laut yang berombak kuat dan mengganggu aktiviti 'menaiki bot'. Namun mengikut nasihat daripada pihak bot, berkemungkinan laut lebih berombak pada waktu petang berbanding waktu pagi. Oleh yang demikian kami telah membuat keputusan untuk menaiki bot untuk ke Pantai Keracut dan hiking untuk balik ke pusat Taman Negara Pulau Pinang pada sebelah petangnya. Memang agak pelik namun demi untuk menyampaikan hasrat anak-anak PERKASA untuk menaiki bot maka itu yang kami putuskan. Berbagai-bagai aktiviti yang telah kami jalankan. Berbagai-bagai permainan dan ragam yang dilihat. Kami sebagai MT dan EXCO berusaha sebaik mungkin untuk menggembirakan anak-anak kami. Anak-anak PERKASA la bos kami dan kami bekerja untuk mereka. PERKASA, sayang kami pada PERKASA diibaratkan sayang kami pada negeri Sarawak dan sayang kami kepada keluarga kami sendiri.

Semoga kasih sayang kami terhadap anak-anak PERKASA dibalas dengan kasih sayang dan sokongan terhadap apa yang kami perjuangkan demi untuk memasyurkan PERKASA di mata Malaysia.

HIDUP PERKASA!
KAMI SAYANG PERKASA!

Tuesday, July 28, 2009

TeRKiLaN DeNGaN CoNVeX'09...

Ahad yang lalu, NYDP PERKASA, Hajar telah menghadiri satu ceramah mengenai Gerai CONVEX'09 dan juga telah mencabut undi bagi nombor gerai. Saya telah menelefon beliau dan meminta keputusan mengenai nombor gerai bagi PERKASA. Keputusannya, kami mendapat gerai bernombor 59 yang terletak di kedudukan 'corner'. Alangkah gembira tidak terkata kerana kedudukan gerai di bahagian 'corner' akan banyak membantu meningkatkan jualan kami. Saya pun terus mencetak risalah comel dan meletakkan nombor gerai kami agar publisiti dapat dikerah secepat mungkin. 

Namun, malangnya kesilapan teknikal dari pihak pengurusan gerai CONVEX'09 telah menyebabkan kami dilanda kesedihan dan kerugian dari segi risalah. Petang Ahad tersebut juga, Hajar telah menerima satu panggilan telefon dari pihak pengurusan gerai CONVEX'09 menyatakan gerai bernombor 59 telah ditender oleh pihak lain. Hal ini mencetuskan rasa marah dan terkilan kerana risalah kami telah banyak dicetak dan kami telah membuat perancangan rapi bagi publisiti gerai kami. 

Tambahan pula, kami diberikan pilihan untuk memilih 3 gerai. Sekiranya kami diberi pilihan sebegitu, untuk apa undian dijalankan? Apa motif mereka mewujudkan sistem sistem undian sekiranya kami diberi pilihan yang terhad? Saya dan Hajar telah mengemukakan ketidakpuashatian kepada mereka Isnin yang lalu, tapi kami masih tidak mendapat kepastian berhubung perkara ini. Dimana kreadibiliti pihak pengurusan gerai CONVEX'09? Sepatutnya mereka mengasingkan nombor-nombor gerai yang terlibat dalam tender dan tidak memasukkan nombor gerai yang bakal ditender ke dalam sistem undian. Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada pihak kami kerana publisiti kami masih belum dikerah dan kami hanya duduk menunggu panggilan telefon dari pihak mereka untuk menyatakan status nombor gerai kami.

Memang tidak dinafikan bahawa setiap pengurusan pasti menghadapi masalah dan kami sedia memaafkan kesilapan mereka. Namun saya berharap pengurusan bagi gerai CONVEX'09 haruslah lebih berkualiti. Mereka bernasib baik kerana perkara ini membabitkan kami, pelajar USM sendiri, namun bagaimana sekiranya perkara ini melibatkan pihak peniaga persendirian atau peniaga luar? Tidakkah nama USM yang mendapat cemuhan? 

Tindakan menceritakan kesilapan pihak pengurusan gerai CONVEX'09 ini bukanlah untuk memalukan sesiapa, namun ingatlah wahai pelajar-pelajar USM, universiti kita kini merupakan Universiti APEX. Janganlah kita cuai dalam melakukan tugas dan tanggungjawab kita terutama dalam projek besar seperti CONVEX  ini kerana yang mendapat cemuhan nanti bukanlah diri anda secara individu namun USM seluruhnya. 

Saya memohon maaf kerana menyatakan rasa ketidakpuashatian saya di blog ini. Namun sekiranya pihak kami mendiamkan diri, mereka tidak akan sedar yang mereka telah melakukan kesilapan teknikal yang besar. Saya hanya berharap mereka belajar dari kesilapan dan bijak dalam menangani masalah seperti ini. Semoga CONVEX'09 menempa kejayaan dan mendapat sambutan yang hangat.

Saturday, July 25, 2009

GeRai CoNVeX 2009/2010...

Untuk pengetahuan anda semua, PERKASA ada membuka gerai ketika CONVEX'09 yang bakal berlangsung 11 hingga 16 Ogos 2009. Antara produk utama yang kami jual ialah KEK LAPIS SARAWAK dan LAKSA SARAWAK. Selain daripada itu, kami turut mempromosikan KEROPOK KAK YAH LOSONG dari TERENGGANU. Tambahan pula, kami mempromosikan tempahan Kek Lapis Sarawak sepanjang bulan Ramadhan yang bakal menjelma. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah Kek Lapis Sarawak, sila hubungi Amirah Nuruljannah Binti Haji Alwie bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah penempahan serta pembayaran Kek Lapis Sarawak tersebut.

Jenis Kek Lapis Sarawak dan harganya akan saya paparkan dalam masa yang terdekat bagi memudahkan anda semua membuat pilihan dan tempahan. Saya juga akan menyertakan beberapa gambar bagi Kek Lapis Sarawak yang saya senaraikan nanti. 



TuLaNG BeLaKaNG TeRKuaT PeRKaSa...

Setiap persatuan pasti ada tulang belakang yang membantu memberikan sokongan kepada setiap aktiviti yang dirancang. Sudah pasti tulang belakang terkuat PERKASA merupakan Majlis Tertinggi PERKASA itu sendiri namun terdapat seorang insan yang telah banyak membantu memberikan pelbagai perkhidmatan termasuklah khidmat nasihat, bantuan pinjaman kewangan, maklumat mengenai pembekal dan lain-lain lagi.



MUHAMMAD ASRAQ AL-IQRAM BIN CHE KHALLID
Beliau merupakan anak kepada seorang pengusaha makanan hasil laut yang terkenal di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Beliau merupakan seorang insan yang pemurah dan baik hati yang selalu memberikan pertolongan dengan seikhlas hati setiap kali kenalan atau keluarganya menghadapi sebarang masalah baik dari segi kewangan atau peribadi. Beliau baru sahaja mencapai umur 25 tahun pada 6 Januari 2009 yang lepas.  Sebarang pertanyaan mengenai diri beliau atau mengenai perniagaan yang dijalankan oleh beliau, anda boleh menghantar emel ke alamat emel yang akan disertakan.

KY FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD.
SARIAH BINTI ISMAIL
PENGUSAHA KEROPOK LEKOR KAMPUNG LOSONG TERENGGANU

KY FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat yang membekalkan produk makanan hasil laut seperti keropok lekor dan keropok ikan. Maklumat lanjut mengenai produk syarikat tersebut akan saya jelaskan dan perincikan di masa akan datang. Sebarang pertanyaan mengenai PERKASA dan Syarikat KY FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD., anda bolehlah menghantar emel ke alamat emel di bawah :

muhammad.asraq@yahoo.com
perkasa.kamekkitak@yahoo.com




Friday, July 24, 2009

MARI MENGENALI PERKASA...

Perkumpulan Anak-anak Sarawak atau lebih dikenali sebagai PERKASA di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu daripada Persatuan Anak-anak Negeri yang turut bergiat aktif dalam menjalankan pelbagai program untuk kebajikan anak-anak Sarawak terutamanya. PERKASA ini diterajui oleh empat orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Yang Di Pertua (YDP), Naib Yang Di Pertua (NYDP), Setiausaha Agung (S/U), dan Bendahari Terhormat. 

Bagi sidang akademik 2009/2010 ini, Majlis Tertinggi bagi PERKASA adalah seperti berikut :



YANG DI PERTUA PERKASA 
ULYSSES SAIT
ILMU KEMANUSIAAN



NAIB YANG DI PERTUA PERKASA
SITI HAJAR SAPUANI
SAINS KOMPUTER



SETIAUSAHA AGUNG PERKASA
AMIRAH NURULJANNAH BINTI HAJI ALWIE
SAINS BIOLOGI (ZOOLOGI)


 
BENDAHARI TERHORMAT PERKASA
CHRISTINA UNDAU @ UNAU
SAINS FIZIK

Setakat di sini dahulu pengenalan tentang Majlis Tertinggi Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA) bagi sidang akademik 2009/2010. Saya akan ceritakan lagi mengenai PERKASA dan aktiviti-aktiviti yang sedang giat kami jalankan di masa yang akan datang.