Tuesday, August 4, 2009

iNTeRaKSi Di PaNTai KeRaCuT...

Alhamdulillah anak-anak PERKASA dah selamat berinteraksi di Pantai Keracut. Suatu pengalaman yang agak best kerana saya mampu berinteraksi dengan ahli-ahli PERKASA dan menyatakan permasalahan yang dihadapi dan begitu juga dengan anak-anak PERKASA telah menyatakan keinginan mereka. Minggu cuti semester akan saya rancang satu aktiviti 'round island' bersama anak-anak PERKASA yang tidak pulang ke rumah. Erm...nak bawa pergi mane ek? Kepada anak-anak PERKASA yang membaca post ini, nyatakan la tempat-tempat yang ingin anda semua pergi. Insya'allah akan saya bawa sekiranya berkesempatan.

Hari Interaksi PERKASA yang dijalankan pada hari Ahad yang lalu bersamaan 2 Ogos 2009 telah berjalan dengan agak lancar walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Masalah utama yang telah kami hadapi ialah keadaan laut yang berombak kuat dan mengganggu aktiviti 'menaiki bot'. Namun mengikut nasihat daripada pihak bot, berkemungkinan laut lebih berombak pada waktu petang berbanding waktu pagi. Oleh yang demikian kami telah membuat keputusan untuk menaiki bot untuk ke Pantai Keracut dan hiking untuk balik ke pusat Taman Negara Pulau Pinang pada sebelah petangnya. Memang agak pelik namun demi untuk menyampaikan hasrat anak-anak PERKASA untuk menaiki bot maka itu yang kami putuskan. Berbagai-bagai aktiviti yang telah kami jalankan. Berbagai-bagai permainan dan ragam yang dilihat. Kami sebagai MT dan EXCO berusaha sebaik mungkin untuk menggembirakan anak-anak kami. Anak-anak PERKASA la bos kami dan kami bekerja untuk mereka. PERKASA, sayang kami pada PERKASA diibaratkan sayang kami pada negeri Sarawak dan sayang kami kepada keluarga kami sendiri.

Semoga kasih sayang kami terhadap anak-anak PERKASA dibalas dengan kasih sayang dan sokongan terhadap apa yang kami perjuangkan demi untuk memasyurkan PERKASA di mata Malaysia.

HIDUP PERKASA!
KAMI SAYANG PERKASA!